Feb 13, 2025 - FASSituasi semasa yang berlaku dalam padang sebelum Ali Olwan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-19 perlawanan Liga Super menentang Sri Pahang tempoh hari.
Dari sudut Nikola Jambor:
"Sebelum perlawanan, saya, Ali dan Alvin telah membuat satu perjanjian di mana salah seorang daripada kami akan berada di antara garisan tersebut, manakala yang lain kekal di luar."
“Jadi, ketika itu, pilihan saya adalah sama ada untuk menghantarkan bola ke belakang atau terus kepada Ali atau Alvin.”
“Apabila saya melihat ke hadapan, saya nampak Ali berada di kedudukan yang bebas daripada pihak lawan dan beliau juga memiliki banyak ruang untuk membawa bola ke hadapan, jadi saya pilih untuk hantar bola tersebut kepada Ali dan sebelum beliau mempamerkan magisnya.”
Dari sudut Ali Olwan:
"Sebelum menerima bola, saya telah bertukar posisi dengan Alvin."
"Sebaik sahaja saya menguasai bola, saya dengan pantas terus membawa bola masuk ke dalam kawasan kotak penalti.”
"Sekiranya keadaan selepas itu lebih padat semasa menggelecek, saya akan menghantar bola tersebut."
“Tetapi ketika saya memotong masuk ke bahagian dalam, saya berjaya menggelecek beberapa pemain dan melihat ruang untuk membuat lencongan ke dalam tiang gol.”
"Tanpa teragak-agak, saya terus melencongkan bola tersebut ke arah gawang."
"Inilah situasi yang berlaku semasa itu."
Jaringan yang melibatkan naluri, ketepatan, dan kecepatan dalam bertindak.
Memandangkan perlawanan akhir MFL Challenge Cup 2024/25 semakin hampir, Ali Olwan, Nikola Jambor dan seluruh pasukan sedang berusaha sedaya upaya membuat persiapan dengan baik dalam sesi latihan. Sama ada perlawanan akhir piala atau liga, persediaannya tetap sama.
Kata-kata daripada beberapa pemain dalam temubual bagi perlawanan akhir ini:-
Kalamullah Al-Hafiz: “Ini akan menjadi pengalaman baharu bermain di Final Piala Cabaran MFL untuk diri saya dan pasukan secara keseluruhan. Oleh itu, sebagai pemain, kami perlu melakukan yang terbaik, sama seperti perlawanan lain. PDRM FC telah bermain dengan baik dan mereka mempunyai pemain yang hebat, terutamanya barisan penyerang mereka. Jadi, untuk menghalang mereka, kita perlu beraksi bersama sebagai satu pasukan, daripada penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang semuanya penting untuk mendapatkan keputusan terbaik.”
Alvin Fortes: “Kita perlu mengekalkan corak permainan dan sentiasa fokus, saya percaya semuanya akan berjalan dengan lancar. Selain itu, para penyokong juga sentiasa berada di belakang kita, jadi kita hanya perlu terus membuat peningkatan, beraksi dengan baik dan tidak mudah berpuas hati.
Dapatkan tiket di sini!
Jumpa anda di Final 1 MFL Challenge Cup 2024/25 #SFCPDRM, Sabtu ini, 15 Februari, jam 9 malam, Gergasi Merah!
Demi Kebanggan!